Penentuan Haid Dan Istihadhah Bagi Darah Yang Bercampur
Nawra
Penentuan kepada permasalahan ini terbahagi kepada dua:
Menentukan haid dan istihadah dengan melihat kepada warna darah (Tamyiz al-Dam).
Sekiranya seorang wanita melihat terdapat perbezaan warna dan sifat darah dalam tempoh tersebut, maka dihukumkan haid pada darah yang kuat (sifat dan warnanya) dan dihukumkan istihadah bagi darah yang lemah (sifat dan warnanya) mengikut syarat-syarat tamyiz.
Hal ini sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam penulisannya:
Maksudnya:Dihukumkan bagi perempuan Mu’tadah Mumayyizah dengan tamyiznya (Darah yang sifatnya kuat adalah haid, yang sifatnya lemah adalah istihadah). Tidak dihukumkan dengan adat sebelumnya menurut pandangan yang paling sahih.
(Rujuk:Minhaj al-Thalibin wa Umdah al-Muftin, 88)
Menentukan darah haid dan istihadah melihat kepada adat kebiasaan wanita tersebut.
Sekiranya seorang wanita melihat darah yang keluar dengan satu sifat iaitu tiada perbezaan warna pada darah tersebut, maka dihukumkan haidnya mengikut kadar adat kebiasaan haid yang sebelum manakala bakinya dihukumkan istihadah.
Hal ini sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini dalam penulisannya:
وَإِن كَانَت مُعْتَادَة غير مُمَيزَة بِأَن سبق لَهَا حيض وطهر وَهِي تعلمهَا قدرا ووقتا فَترد إِلَيْهِمَا قدرا ووقتا
Maksudnya:Jika seorang perempuan pernah mengalami haid dan suci sebelumnya padahal dia tidak dapat membezakan sifat darah ini (yakni darah yang melebihi tempoh 15 hari 15 malam, kerana darah keluar dengan satu sifat ) sedangkan dia masih ingat kadar dan waktu bagi haid dan sucinya yang sebelum ini, maka dikembalikan kepada kadar dan waktu haid dan sucinya yang sebelum ini.
(Rujuk: al-Iqna Fi Hal Alfaz Matan Abi Syuja’, 1/242)
Berbalik kepada persoalan di atas, kami rumuskan jawapan seperti berikut:
TARIKH
PENJELASAN
20 Jun (5.15 pagi) – 5 Julai (5.15 pagi)
Tempoh 15 hari 15 malam.Darah yang keluar dihukumkan haid
27 Jun – 1 Julai
Tempoh Naqa. Dihukumkan haid jika duduk dalam tempoh 15 hari 15 malam.
2 Julai (7 pagi) – 5 Julai (5.15 pagi)
Darah yang keluar masih dihukumkan haid
5 Julai (5.16 pagi – 12 Tenghari )
Darah yang keluar melepasi tempoh sebanyak-banyak haid 15 hari 15 malam dan sudah memasuki hari ke-16
Berdasarkan jadual di atas dapat difahami bahawa:
Darah yang keluar bermula 20 Jun (5.15 pagi) sehingga 5 Julai (5.15 pagi), pada asalnya adalah darah haid.
Darah yang keluar semula pada 2 julai (7 pagi) sehingga 5 julai (5.15 pagi) masih dihukumkan haid kerana berada dalam tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam.
Pada 5 Julai (5.15 pagi) darah masih keluar sehingga jam 12 tengahari. Ini bermakna darah yang keluar sudah melepasi tempoh sebanyak-banyak haid dan bersambung dengan hari ke-16. Pada waktu ini, barulah diketahui si isteri sedang mengalami darah haid dan istihadah secara bercampur.
Berdasarkan info tambahan yang diberikan, si isteri merupakan wanita mustahadah yang duduk dalam kumpulan Mu’tadah Mumayyizah iaitu wanita yang pernah mengalami haid dan suci serta mampu membezakan warna darah mengikut kepada sifat darah. (20 Jun- 27 Jun: Darah yang keluar pekat), (2 Julai- 5 Julai: Darah yang keluar cair). Maka dihukumkan haid nya mengikut warna yang kuat dan istihadah mengikut warna yang lemah. Oleh itu, haid nya dihukumkan pada 20 Jun -27 Jun manakala 2 Julai-5 Julai darah yang keluar merupakan darah istihadah.
Tempoh 2 Julai hingga 5 Julai (5.15 pagi) itu dalam tempoh istihadah, maka menurut hukum asal wanita itu diwajibkan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, Tindakan si isteri mengerjakan untuk mengerjakan solat adalah tepat dan solatnya sah berdasarkan sangkaannya ketika itu bertepatan dengan hukum asal (الظن في العبادة المعتبر). (Ini merupakan jawapan bagi soalan kedua)
Namun, dalam situasi yang lain misalnya si isteri menyangka tempoh darah kedua itu adalah haid dan tidak mendirikan solat berdasarkan sangkaan itu, maka diwajibkan kepadanya untuk menqadakan solat dalam tempoh tersebut. (Ini juga merupakan jawapan bagi soalan kedua).
Untuk menjawab soalan ketiga, kedudukan suami dan isteri tidak dikira berdosa atas sebab kejahilan atau kekurangan ilmu. Untuk masa akan datang, jika wujud sebarang kemusykilan maka perlu merujuk secepat mungkin kepada pakar fiqh bagi menyelesaikan masalah hukum-hakam seberapa segera.